Friday, June 22, 2012

pemimpin kita terlalu 'maksum'


















negara kita mempraktikkan sistem demokrasi berperlembagaan, dalam erti kata satelah pemimpin dipilih, maka mereka akan melaksanakan tugas untuk negara. dalam pada masa itu, mereka boleh ditegur terhadap perkara yg agak tidak sesuai untuk dilaksanakan.

dalam kepartian juga sistem ini dipakai, kerana pemimpin parti juga dipilih melalui pungutan suara atau undi. maka mereka juga harus terima kritikan dari ahli. ini tidak bermakna mereka tidak boleh langsung diberikan peringatan dalam sesuatu perkara.

dalam UMNO, budaya menegur tidak dapat diterima kerana mereka sudah lali dan biasa dengan ungkapan 'yes sir'. jika ditegur, maka masa depan sipenegur akan gelap selama nya. sebab itu kita lihat UMNO jika di peringkat Bahagian, kalau boleh tiada ahli yg lebih hebat dari ketua bahagian dari segi akedemik maupun populariti nya. ini untuk menentukan ketua bahagian akan 'menongkat langit'.

budaya ini sudah ada dalam PKR. beberapa pimpinan mereka juga cuba ditegur kerana tindakan yang tidak sesuai di tolak secara halus dari kepimpinan parti.

PAS juga tidak terkecuali dari sindrom ini. ketika ini kita lihat sudah ada tindakan menafikan pertandingan diperingkat Kawasan. tindakan ini dilakukan kerana ingin terus berkuasa. malah tidak keterlaluan juga dikatakan mereka mengambil tindakan dengan menggunakan nama 'PAS' pusat memberikan restu supaya tidak ada pertandingan di peringkat pimpinan Kawasan. apabila disiasat, tiada arahan dari Pusat terhadap perkara tersebut.

disini saya turunkan sebahagian dari kandongan usul dari PAS kawasan Tambun:

'Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Tambun juga akur dan menerima nasihat daripada PAS Pusat agar jawatan jawatan tertinggi parti disemua peringkat tidak dipertandingkan. dengan maksud yang sama iaitu MEMBERI TUMPUAN SEPENUH NYA KEPADA GERAK KERJA DAN PERSIAPAN BAGI MENGHADAPI PRU KE 13.'

apakah benar PAS pusat mengeluarkan arahan tersebut. dimana letak nya demokrasi. PAS jika amalkan konsep begini, ia lebih dahsyat dari UMNO. zalim dan bersikap 'kuku besi' dalam slogan membangun bersama islam.

adakah pimpinan PAS di peringkat kawasan 'maksum' sahingga tidak boleh dicabar dalam pemilihan pimpinan. penulis minta pandangan demi kebaikkan PAS, PAS bukan milik individu.












Thursday, June 21, 2012

berapa harga nya -
























berapa harga nya pulak kalau no CIB 41
bagaimana dengan TIB41
ini mesti mahal PUK 1


untuk seloka pagi je, buka minda











Wednesday, June 20, 2012

bantu lah kami













surau yang dalam pembinaan telah selesai pada pasa mendirikan tiang dan 'beam' (rangka bangunan). kini kami memohon untuk mendapatkan sumbangan dari pembaca untuk pasa 'bumbong' yg dianggarkan bernilai sekitar RM35,000.

segala sumbangan boleh disalurkan melalui Bank Islam no akaunnya - 08013010055615 - surau alfalah kg melayu batu 8 ulu kinta

semoga ALLAH jua yg membalas amal jariah tuan/puan
terima kasih





Tuesday, June 19, 2012

calon - PAS ikut rentak PKR

























sejak kebelangan ini, ramai bekas pegawai dalam kerajaan menyertai PAS. Alhamdulillah, mereka sedar dan terus menyumbang bakti pula untuk Islam. tetapi beberapa persoalan timbul kerana kebanyakkan mereka telah bersara lama dulu, dan baru kini mereka sertai PAS. ini secara kebetulan tarikh pilihanraya sudah hampir. beberapa persepsi yg meragukan timbul.

PKR pada suatu dulu terlalu ghairah dengan kemasukan ahli politik veteran UMNO, saperti zaid ibrahim, masuk je PKR terus bertanding di selangor. kemudian aziz bari, diumumkan akan bertanding juga diselangor. akhir nya zaid membawa diri se orang diri.

kini terdengar desas desus bahawa bekas pegawai polis yg sertai PAS, fauzi saari pula akan bertanding di kerusi larut, pimpinan dan ahli PAS di Larut sudah lama bekerja keras untuk menang disana dengan calon nya sudah berkempen lebih awal lagi. tiba tiba ada suara org PAS yg 'berkuasa' nak meletakkan fauzi saari pula bertanding di situ. adakah ini menunjukkan PAS hanya memilih orang 'ternama' saja dan berkeyakinan akan menang.

bagaimana dengan penat lelah mereka yg telah berjuang lebih awal lagi, ada kah PAS akan ketepikan mereka ini hanya kerana nak letakkan calon 'bernama'. PAS harus jaga 'hati' ahli dan pimpinan kawasan yg telah berjuang. jangan jadi macam PKR, siapa yg ada nama boleh sertai dan dijanjikan akan bertanding dalam pilihanraya ke 13 nanti.

budaya lama PAS sudah semakin hari terhakis dengan ada nya beberapa kerat pimpinan berfahaman 'anwarriyun'. mereka lebih utamakan 'kawan' rapat dari perjuangan ahli. jangan kita lupa jasa orang lama walaupun nama mereka tidah hebat semasa berkhidmat dalam kerajaan.

fikir lah untuk masa panjang.









Sunday, June 17, 2012

renungan pagi Ahad

















ada satu kisah hamba Allah ini nak menunjukkan pada pendudok di desa nya bahawa beliau adalah sa orang yg kaya dan berkuasa. slogan yg digunakan nya adalah - ada duit, ada kuasa, ada kuasa ada duit. duit dan kuasa berpisah tiada.

kerana terlalu nak menunjukkan dia nya kaya dan berkuasa, beliau telah membeli sautas tali yg nilai nya terlalu tinggi hanya untuk menambat saekor lembu. kemudian beliau menghebahkan nya keseluruh desa bahawa beliau mempunyai wang yg banyak sahingga boleh beli tali untuk tambat lembu nya berharga ratusan ribu.

tetapi tindakan beliau tersebut ditegur oleh saorang kanak kanak dengan menyatakan alang kah baik nya jika orang kaya tersebut membeli lembu yg banyak dan sedekah pada orang miskin, ini akan memberi imej yg tinggi atas sedekah nya kerana membantu orang miskin.

tetapi saperti biasa, orang kaya mana yg tak sombong. bak kata cerita melayu dulu kala, saperti yg diceritakan dalam 'Singapura di langgar todak'. budak tersebut dihalau keluar desa kerana orang kaya tersebut ada duit dan ada kuasa.

untuk renungan saja, cerita ini tiada kene mengene dengan yg hidup atau yg dah mampusss








Friday, June 15, 2012

PRU di musim Haji























pada tahun ini dijangkakan PRU ke 13 akan diadakan dalam masa musim haji. ini adalah ramalan dari penyangak yg cuba membuatkan situasi menjadi hangat. jika benar ramalan tersebut, adakah PAS akan menghadapi satu keadaan yg amat perit untuk berpilihan raya.

haji ibadah tu wajib, tak perlu kita halang mereka ke sana. jika kita sudah bersedia sentiasa untuk menghadapi pilihanraya, kenapa kita cepat melatah dan mengeluarkan kenyataan. apabila kita bercakap, ini menunjukkan kita rasa jika pilihanraya diadakan dlm musim haji, PAS akan tewas.

28,000 jemaah yg ke sana utk menunaikan ibadah haji, adakah PAS hilang kesemua undi tersebut, apakah UMNO tidak hilang juga undi mereka, bukan semua yg ke mekah tu ahli dan penyokong PAS, kalau semua nya penyokong PAS, sudah lama PAS menang besar.

penulis harap PAS tidak membesarkan isu musim haji, UMNO sentiasa menunggu isu saperti ini untuk menuduh PAS lebih utamakan Pilihanraya dari ibadah Haji yg wajib.

kalau PAS sudah bersedia, buat lah masa mana sekali pun pilihanraya, PAS sentiasa berjuang

TAKBIR




Wednesday, June 13, 2012

kenapa PAS terlalu mengharap
























dikalangan parti politik 'pembangkang', PAS adalah yang paling senior dan paling junior adalah PKR. tetapi dalam setiap tindakan untuk menghadapi pilihanraya, penulis perhatikan, PAS saolah olah bergantung nasib pada PKR. dalam erti kata bahawa kekuatan sabenar PAS ada pada PKR. bukti nya, terdapat pemimpin dan ahli yang 'mengagungkan' DSAI dari dato presiden TGHA dan TGNA.

umpama nya apabila dikatakan bakal 'perdana menteri', secara spontan ada pemimpin PAS menjawab bahawa DSAI adalah calon yg paling layak. sudah terlalu lama TGNA dan TGHA berjuang untuk menegakkan daulah islamiah, tetapi akhir nya reformasi yg di bawa Anwar juga diletakkan di atas mengatasi 'daulah islamiah'.

dalam gerak kerja politik dilihat bahawa DAP lebih 'bijak' dan terkehadapan. mereka berjuang tanpa mengharapkan sangat kehebatan DSAI mau pun TGNA. mereka kekal dengan slogan malaysia for malaysian. PAS dilihat bergantung pada kehebatan DSAI.

contah yg dapat penulis berikan saperti yg berlaku di parlimen Tambun, terdapat 3 kerusi iaitu 1 parlimen dan 2 dun. PKR bertanding di parlimen dan dun hulu kinta sementara PAS hanya bertanding di dun manjoi. ini bermakna bendera PAS tidak dapat di kibarkan di dun ulu kinta kerana kedua dua nya ditandingi oleh PKR.

secara logik nya PKR mesti bekerja keras untuk bertanding kerana mereka menguasai dua kerusi, tetapi penulis hairan apabila YDP PAS tambun (dr khairudin ) mengarahkan semua UPU di parlimen tambun termasuk ulu kinta memberi kerjasama yg jitu untuk menentukan PKR (Pakatan) menang, tetapi sebalik nya tiada jaminan untuk PKR pula bertungkus lumus membantu PAS untuk menang di dun manjoi.

secara keseluruhan nya, bukan saja di tambun malah di seluruh negara, PKR sentiasa tenang, tidak risau sama ada mereka mempunyai jentera p/raya atau tidak, ini kerana PAS akan sentiasa memlakukan kerja tersebut dengan slogan 'kita (Pakatan) mesti menawan putrajaya.

kenapa PAS tidak tumpukan seluruh kekuatan nya terhadap kerusi yg ditandingi nya. biarkan lah PKR uruskan kerusi mereka. kita kerahkan seluruh anggota ahli PAS bergerak ke kerusi yg ditandingi. kita mantapkan jentera p/raya serta bekerja untuk kemenangan. DAP bijak berpolitik, mereka tidak perlu pertolongan dari PAS maupun PKR. persoalan nya, KENAPA PAS BERIYA BENAR NAK MEMBANTU PKR SEDANGKAN PKR TIDAK PERNAH MEMBANTU PAS SECARA SERIUS.

ini lah yang dikatakan dalam PAS terdapat terlalu ramai pemimpin yg 'mengagungkan' DSAI dari TGNA dan TGHA.











Tuesday, June 12, 2012

Utusan nak kena saman


apa yg dinyatakan oleh saksi utama kes mat sabu hina polis bukit kepong, membolehkan mat sabu menyaman utusan malaysia yg sentiasa membuat fitnah dan menyebarkan berita palsu dan tidak tepat.

moh kita saman utusan hingga lingkup

takbir





Friday, June 8, 2012

UMNO sudah nak beli PKR

YB Khalid samad telah dedahkan terdapat perancangan awal antara UMNO dan PKR untuk dijual beli salepas p/raya ke 13 kelak. ini adalah satu urus niaga yg menguntungkan, bak kata P.Ramlee, niaga orang untung banyak.

kita lihat bahawa UMNO menilai bahawa anggota PKR yg akan bertanding, malah tidak salah jika dikatakan yg ada pun semua nya bermasaalah samaada dari segi kewangan maupun keluarga (sosial). DSAI telah berjanji akan menapis bakal calon agar tidak berlaku nya 'lompat melompat' salepas p/raya kelak, tapi siapa kah calon nya yg benar benar 'baik' yg ada.

di perak terutama nya di parlimen Tambun, hingga kini masih tertanya tanya siapa kah calon nya. apabila ditanya pada 'ketua cabang PKR' kawasan Tambun, jawab nya - rahsia. kita tanya kenapa rahsia, jawab nya takut bakal calon dibeli oleh UMNO. jawapan yg paling bodoh dari saorang ketua bertaraf "ketua cabang".

kalau takut dibeli oleh UMNO, ini bermakna calon itu sendiri sudah berada dalam senarai panjang UMNO untuk dibeli jika ia menang. maka penulis lihat ia nya patut ditukar pada calon yg UMNO susah nak beli. urus niaga jual beli YB di Perak akan lebih hebat apabila kajian dibuat bahawa jika Pakatan menang, ia nya kemenangan yg tipis sama saperti di tahun 2008. maka YB dari PKR lah akan menjadi bahan 'dagangan' oleh UMNO. YB dari PAS, insyaallah tiada akan berlaku begitu juga pada DAP.

penulis cadangkan supaya PAS dan DAP tumpukan pada kerusi yg ditanding dan menang semaksima nya saperti DAP 17/18 kerusi dan PAS 14/15 kerusi minima. dengan ini urus dagang YB terhadap PKR tidak akan terjadi

persoalan nya, kenapa UMNO mensasarkan PKR. jawapan spontan kerana PKR lahir dari perut UMNO

untuk tatapan.








bantu lah kami


bantulah kami untuk mendapatkan sabuah surau untuk kami berjamaah, sumbangan anda hanya ALLAH swt saja yg dapat membalas nya.

surau kami adalah surau alfalah, kampong melayu batu 8, ulu kinta 31150.




Tuesday, June 5, 2012

siapa kuasai siapa


dalam politik malaysia, terdapat dua komponen parti yang bergabung bertanding dalam pilihanraya. satu dinamakan sebagai Barisan Nasional dan satu lagi Pakatan Rakyat. beberapa parti bergabong untuk bersatu tenaga tetapi berlainan ideolagi nya terutama gabongan dalam Pakatan Rakyat.

PAS berideologikan ISLAM, DAP dengan Malaysia for Malaysian dan PKR dengan perjuangan untuk Keadilan. jika dalam Barisan (BN), ideoligi mereka adalah berkiblatkan UMNO. komponen yg lain akan ikut arahan dari UMNO.

disini kita lihat dalam BN, UMNO adalah 'leader' pada lain lain komponen. tapi pada PR, tiada yg mendominasikan situasi 'who is the leader".

penulis lihat jika tiada ketua nya, ini sudah tentu akan menyukarkan lagi hala tuju Pakatan dalam menguasai Putrajaya.

harap dapat pandangan positif dari pembaca, terima kasih